Cahaya Fajar Di Ufuk Timur


(Waktu Fajar Di Puncak Bukit Tursina)


Alhamdulillah segala puji-pujian bagi Allah tuhan yang telah member kurnia kepada hamba-hambaNya, selawat dan salam keatas junjungan besar Muhammad SAW yang telah membawa risalah islam serta keluarganya,sahabatnya serta para tabi’ tabiin.

Rasanya sudah lama blog Habib An-Najjar tidak d kemaskini sehingga bersarang dibuatnya. Mohon maaf ana pada sahabat-sahabat jika ternanti-nanti serta tertunggu-tunggu apakah entery terbaru ana. Sebenarnya sedar ataupun tidak saban pagi kita akan terlihat suatu cahaya yang tidak pernah merungut dan tidak pernah sesaat pun lewat utk memberi cahaya kepada bumi ini. Sahabat-sahabat, pagi ini setelah selesai solat subuh berbekalkan doa yang d pinta kpd Allah pencipta ana rasakan bagaikan diri ini berada didalam kelahiran baru yang baru mengenal apa itu Cahaya Fajar Di Ufuk Timur. Hati tenang sekali,bila kali ini melangkah ke jendela untuk melihat suatu cahaya yang setiap hari masuk dilubang-lubang jendela menerangi bilik dan rumah ana, rumah assyafie. Mungkin selama ini diri tidak perasan akan kehadiranya , hadirnya memberi muhasabah pada diri, hadirnya memberi nafas baru dalam diri.

Pagi ini baru terfikir, rupa-rupanya cahaya yang muncul itu memberi kekuatan kpd golongan bapa yang ingin mencari sesuap nasi utk keluarganya, rupanya cahaya fajar yang muncul itu memberi kekuatan kpd makhluk lain utk bekerja mencari rezeki. Dilihat dalam kecerahan fajar itu ada sekumpulan burung yang tebang kesuatu tempat utk mencari makan. Ya Allah bertapa hebatnya kekuasaanMu dalam menghubungkan hubungan sesama makhluk. Ya Allah syukur hambaMu pada kurnia Mu ini. Tiba-tiba mulut ini terucap, seakan-akan ianya bergerak sendiri. Namun itulah kenyataannya, kenapa kita tak pernah merasa sesuatu dari nikmat yang Allah berikan kpd kita, sedangkan nikmat ini mula dari kita buka mata lagi.

Ya Allah malunya diri ini pada cahaya fajar yang mengakhiri waktu subuh, jika cahaya ini boleh menepati masanya utk keluar tapi kita manusia tidak boleh nak menepati masa malah sering melewatinya, apa taknya, saban pagi kita sering kedengaran suara ayam yang merdu yang tidak pernah penat mengejutkan kita mengingati Allah di iring pula suara lunak muazzin yang tak pernah jemu mengajak kita merapatkan diri kpd Sang Pencipta. Allahu Akhbar!!! Tp renunglah diri kita bagaimana???? Adakah kokokkan ayam dam laungan azan menyedarkan kita… marilah kita fikir sejenak.. sebab itulah ana katakana cahaya fajar cahaya muhasabah krn waktu itu tiada siapa, sunyi sepi d tambah pula kicauan burung yang terbang dan angin yang menyentuh muka menyebabkan diri ini merenung…. Sahabat-sahabat macam mana?? Apa yang mungkin sahabat-sahabat fikirkan???

Bersambung lah nanti…… maaf lupa isi la pulak nk masukkan apa lagi…. Nanti klu ingat ana sambung hihihihi

Di kesempatan ini ana ingin mengucapkan SELAMAT MENDUDUKI PEPERIKSAAN buat sahabat-sahabat Mesir yang akan menduduki Imtihan tak lama lagi… Mudah-mudahan kita semua najah… amin.. doa-doa kat ana sama k…

Dan ana ingin ucapkan takziah pada keluarga ibu saudara ana HJH ZABEDAH BT HJ AHMAD yang telah kembali kerahmatullah pada hari jumaat 7hb lepas. Moga rohnya d cucuri rahmat… amin… AL-FATIHAH

Permata Yang Di Cari 3

Gambar hanya Hiasan semata2

Alhamdulillah, syukur atas nikmat yang diberikan oleh Allah SWT yang tidak terbalas dan tidak ternilai ini. Rasanya dalam keseronokan kita sekarang yang hari demi hari, bulan demi bulan yang kita kecapi ini rupa2nya ada suatu nikmat yang cukup tidak ternilai iaitu Ilmu yang di kurniakan oleh Allah SWT. Dalam kedinginan dengan cuacanya ditiup angin laut terasa ingin mengalirkan air mata ini bila mengenangkan ilmu yang di tuntut selama hampir dua tahun ini di bumi Ambia' ini bukan umpama sahabat2 yang lain. Kadang2 terasa cemburu di hati bila melihat rakan2 sanggup menghabiskan masa malah duit untuk berulang alik menuntut ilmu dan adakalanya dari Dumyat hingga ke Kaherah yang mengambil masa 4 jam perjalanannya namun itu bukanlah halangannya buat mereka. Tahniah ana ucapkan kepada mereka yang menyerahkan diri untuk mencari Ilmu.

Hari ini terasa diri ini kosong tanpa ilmu, bila ada sahabat2 datang bertanya sedangkan benda yang ditanya pernahku belajar di kuliah namun itulah hakikatnya. Masa itu baruku terasa masa cuti tidak dimanafaatkan seperti orang lain, masa cuti di habiskan dengan sia-sia. Dalam kekecewaan diri ini terasa bagaikan aku tidak mengendahkan PERMATA yang di cari selama ini. Mungkin sesekali sebelum tidur kita akan teringan semula niat pertama kita datang menjejakkan kaki ke bumi Anbia' ini adalah mencari suatu permata yang tidak ternilai jika dibandingkan dengan wang yang berjuta. Mungkin juga kita sering teringat sebelum lelapkan mata esok adalah hari untuk aku mencari ilmu tp bila datang esok rupa2nya esok itu bukan digunakan untuk mencari ilmu namun esok digunakan untuk bersuka ria. Sampai bila kita nak berangan-angan esok pasti tiba.....

Persoalannya sekarang, cukupkah Ilmu kita untuk menghadapi mehnah masyarakat yang belum kita ketahui? Cukupkah Ilmu kita kalau hanya mengharapkan baca buku sahaja? Dan cukupkah ilmu kita kalau hanya makan tidur kemudian berjalan? ini persoalan yang memerlukan jawapan.. Jadi ana tinggalkan jawapan untuk soalan2 ini bg sahabat2 menjawabnya...

Jika kita mengimbau semula payah perik ulama'2 kita menuntut ilmu pasti kita akan kagum, umpamanya Imam as-Syafie Rahimahullah yang meninggalkan kampung halaman untu menuntut ilmu di perantauan, berjalan beliau dari satu bandar ke satu bandar sehingga menjadi ulama' yang d segani hingga kini. Bagaimana pernah beliau menuntut ilmu d Mesir selama 11 tahun dalam bidang Bahasa. Adakah kita sudah alim umpama imam as-Syafie yang hanya menuntut 4 tahun? Mungkin sahabat2 akan lebih mengetahui cerita perjalanan imam as-Syafie dalam menempuh ranjau dan duri d dalam mencari satu mutiara PERMATA yang cukup bernilai.

Kalau ilmu boleh dapat dengan angan2 pasti tidak ada orang jahil, itulah satu ungkapan yang seringkali kita dengar, kalaulah ilmu ini kita berangan saja boleh dapat pasti semuanya akan meerintah dunia. tapi sebenarnya Allah SWT taburkan ilmu di atas muka bumi ini adalah untuk melihat siapa daripada hambaNya yang berusaha mencari taburan ilmu di atas muka bumi ini. Memang tidak habis jika kita mencari taburan itu kerana terlalu banyak dan mungkin belum habis kita mengutipnya kita sudah bertemu dengan Allah. Jadi sebelum ajal menjemut sebelum masih ada masa kita carilah permata sebanyak2nya agar ianya berguna di kemudian hari dan ingat nabi kita pernah berpesan bila matinya seseorang anak adam maka terputuslah semua amalan melainkan 3 perkara: pertama ilmu yang kita tuntut di muka bumi, kedua doa anak yang soleh dan yang ketiga sedekah jariah yang dilakukan semasa hidup.

Oleh itu selagi ada daya, selagi ada kemampuan kita untuk menuntut ilmu kita carilah PERMATA ini jangan biarkan ianya berlalu begitu sahaja..orang kata hendak seribu daya klu x hendak seribu dalih. Moga2 mendapat sedikit manfaat dari apa yang ingin disampaikan penulis. Biarpun sedikit namun mungkin faedahnya banyak, InsyaAllah. Harap maaf jika ada tersinggung bila membaca coretan ini.

Ya Allah jadikan kami ini dari kalangan orang yang menuntut ilmu, dan jadikan kami orang yang beramalkan ilmu yang kami dapat.... Amin Ya Robb..

Permata Yang Dicari 2


Rindunya mereka (PERMATA KU)
Ampunkan dosa-dosa mereka Ya Allah

Alhamdulillah, dulu kini dan selamanya marilah kita rafakkan kesyukuran kerana hari ini dapat lagi kita menghirup udara yang d kurniakan Allah kepada kita. Rasanya sudah lama jari jemari ini tidak menari diatas papan kekunci huruf-huruf yang setia menunggu untuk d tekan dan d gabungkan huruf-huruf ini menjadi suatu perkataan dan dari perkataan ini menjadi ayat menarik ataupun buruk.
Hari ini teringin ana coretkan sambungan Permata Yang Dicari yang pernah ana lukirkan didalam blog ini suatu ketika dahulu, rasanya sambungan bahagian kedua adalah ayah bonda... Dalam dua atau tiga minggu lepas kita d paparkan oleh akhbar yang menyedihkan hati apabila seorang ayah yang membesarkan anaknya dihalau keluar dan d buang d tepi jalan oleh anak yang dia tatang bagai minyak yang penuh.Rasa ingin menitikkan air mata dan kadang-kadang rasa ingin ku jumpa anak itu lalu ditumbuknya. Itulah hakikatnya zaman sekarang, nak kata tak da ilmu belajar sampai universiti, nk kata ada ilmu buat kat ayah ibu macam kucing.. lani kita nk kata pa??
Teringat satu kisah di zaman nabi Musa as yang berbicara dengan Allah, bila mana baginda menanyakan kepada Allah "Siapakah jiran aku didalam SyurgaMU?" lalu dijawab oleh Allah"seorang pemuda yang mentaati kedua ibu bapanya". Sesudah itu Nabi Allah Musa as terus mencari pemuda itu d suatu kampung, lalu dijumpai pemuda itu dan baginda masuk kedalam rumah pemuda itu.
Dalam kehairanan kenapa pemuda itu tidak melayan baginda yang menjadi tetemunya, namum pemuda ini memasuki bilik. Dalam beberapa minit kemudian pemuda ini keluar membawa seekor babi betina lantas dimandikannya dan dilapnya dan diciumnya kemudian dimasukkan semula kedalam bilik tadi, kemudian pemuda itu keluar pula dengan membawa seekor babi jantan lantas dimandikannya,dilapkannya dan diciumnya kemudian di bawa masuk kedalam bilik tadi, kemudian barulah pemuda itu melayan Nabi Allah Musa as.
Hanya ada ketika itu difikiran Nabi Musa as adalah begaimana pemuda itu boleh menjadi jiranku didalam syurga sedangkan dia memegang babi dan menciumnya,sedangkan babi adalah binatang yang diharamkan makan. Lantas apabila pemuda itu sampai kepada nabi Musa, lalu ditanya oleh nabi Musa "kenapa engkau memegang, memandikan dan mencium babi sedangkan ianya adalah haram kamu tahukah?" Dalam keadaan senyum itu menjawab" Ya betul, tapi aku nak buat macam mana babi betina yang aku bawa,yang aku mandikan dan yang aku cium tadi adalah ibu yang melahirkan aku, dan babi jantan yang aku bawa,yang aku mandikan dan yang aku cium tadi adalah ayah aku yang membesarkan aku."
Terkejut nabi Musa as lantas bertanya" kenapa dengan mereka " lalu pemuda itu menjawab " mereka itu telah melanggar perintah Allah malah melakukan banyak kerosakkan atas muka bumi ini, lalu Allah tukarkan mereka menjadi babi, walaupun mereka jahat dahulu, mereka melanggar perintah Allah, walaupun mereka bertukar menjadi babi, MEREKA TETAP IBU BAPA KU, aku harus taat, aku harus menjaga mereka kerana mereka telah mengorbankan nyawa untuk melahirkan aku, mereka telah berusah payah membesarkan aku jadi aku wajib taat kepada mereka sebab mereka IBU BAPA KU."
Ya Allah, betapa sayangnya pemuda yang ana ceritakan kepada ibu bapanya walaupun mereka buat jahat kepadanya ataupun buat jahat kepada Allah namun anak ini tetap menjaga mereka. Dikala orang tidak mahu menjaga mereka, di kala orang tidak mahu mengambil mereka, di kala teman-teman rapat sudah menjauhkan diri dari mereka dan di kala tiada siapa yang mempedulikan mereka, rupa-rupanya ada seorang anak yang sanggup menjaga mereka, yang sanggup membelai mereka, dan sanggup mencium mereka. Maka lihatlah ganjaran yang Allah berikan kepadanya adalah syurgaNYA.
Namun, dalam dunia yang semakin hampir dengan waktunya, rupa-rupanya ada segelintir binatang bertopengkan manusia membuang dan menyisihkan ibu bapa mereka. Sepatutnya kita sebagai hamba Allah WAJIB tahu yang perintah Allah agar mentaati ibu bapa, malah Allah lakarkan dalam Al-Quran JANGAN KAMU MENINGGIKAN SUARA KEPADA MEREKA WALAUPUN AH.
Sahabat-sahabat, jika ah pun tak boleh takkan la buang ibu ayah BOLEH? pikir-pikirlah.... Kita masih ada masa untuk memohon ampun dari mereka. masih ada masa mencium mereka dan kita masih belum terlambat, jadi bertaubatlah. ingatlah PERMATA ada di hadapan kita. Jangan kita sia-siakan. Cuba kita fikir apa yang telah kita lakukan untuk ibu bapa kita??
Mudah-mudahan kita adalah orang yang mengenagkan jasa ibu bapa kita dan dalam kalangan orang yang membalas jasa mereka..

Ya Allah ampunkanlah dosa kami dosa kedua ibu bapa kami yang telah melahirkan kami, yang telah membesarkan kami dan kasihanilah mereka sepertimana mereka mengasihani kami sewaktu kecil dahulu, Ya Allah, berilah HambaMU ini kesempatan untuk membalas jasa mereka walaupun sedikit. Ya Allah letakkan mereka bersama orang-orang yang soleh dan solehah. AMIN YA ROBB

WAllahuAlam
(cerita diatas ana olah untuk memendekkan, tanyalah kepada orang yang lebih Arif dan Alim. mohon maaf klu ada kesilapan.)


Nak jadi apa la aku ni

Alhamdulillah segala syukur dapat dipanjatkan kepada Rabul Izzati yang telah memberikan sesuatu nikmat dalam keadaan sedar ataupun tidak. Selawat dan juga salam kita panjatkan kepada nabi kita Muhammad SAW. Dalam kesibukkan peperiksaan yang bakal menjelang pada 16hb januari ini ana rasakan diri ini betul-betul berharapkan kepada ilmu dan ana rasakan rupa-rupanya belum cukup lagi ilmu yang kita tuntut. Walaupun kita pandai berpidato dan pandai berhujah tapi kita kena ingat bukan setiap pidato kita dan hujah itu betul. Malah yang paling ana takuti ialah orang yang diberikan Allah suatu kelebihan dalam berpidato dan berhujah akan pandai mengeluarkan kata-kata manis dan mengeluarkan fakta yang tepat tapi mereka inilah yang tidak dapat melakukan apa yang mereka kata. Bak kata orang kampung "cakap pandai buat apa pun dak" malah ingatan keras daripada Allah didalam surah Assof dapat kita fahaminya.Bukankah telah diceritakan oleh Nabi SAW semasa nabi di isra dan dimikrajkan: "aku lihat satu golongan yang memotong lidah-lidah mereka, kemudian lidah itu jadibaik semula kemudian dipotong semula lidah-lidah mereka", lalu aku tanya kepada jibril siapakah mereka lalu dijawab oleh jibril as : "mereka ini lah orang yang pandai berkata-kata tapi tak pernah melakukan apa yang dikatakan". NAUZUBILLAHIMINZALIK.
Dalam diam rupanya diri ini sudah hanyut jauh di dalam gelombang kehidupan yang banyak mehnah dan tribulasi. Jangan kita kata orang yang tidak berilmu akan selalunya tidak dapat melawan arus kehidupan yang mengajar kepada kelalaian namun kebanyakkan yang ana lihat sekarang orang yang berilmu juga sudah terjebak dalam keseronokkan duniawi ini. Tak perlulah kita menunding jari kepada sesiapa, cuba kita analisa diri kita ini yang ada sedikit agama yang ada sedikit ilmu pengetahuan, yang lebih banyak kita kejar dunia ataupun akhirat?
Banyak manakah air mata yang telah mengalir di wajah kita untuk mencari keredoaan Allah dan mencari keampunan Allah? Banyak manakah waktu jaga kita untuk melakukan ibadat kepada Allah? Banyak manakah kalimah yang keluar dari mulut kita yang memuji Allah? Persoalan yang perlu ada jawapannya.
Ana teringat akan kata-kata guru ana semasa di sekolah dahulu: sebenarnya kita ni hipokrik dalam beribadah kepada Allah. ana tanya kenapa? lalu dihurailah oleh guru ana: Jika tiada peperiksaan malam kita tak bangun. Kita sanggup berjaga malam pukul 2 hingga 4 pagi untuk membaca buku tapi bila habis fatrah peperiksaan malam umpama waktu rehat sesudah ku habiskan masa semasa fatrah peperiksaan. Dalam peperiksaan kita tadah tangan dan kita alirkan air mata namun sesudah selesai peperiksaan tangan ditadah tanpa ikhlas, air mata sudah kehabisan untuk di alirkan. Malah kita peruntukkan masa yang begitu banyak untuk dunia. Kadang-kadang ana terfikir adakah aku ni nampak Allah semasa imtihan saja? pas abis imtihan kemana semua yang ku lakukan semasa imtihan, malam yang ku isi dengan tahajjud,malam yang ku isi dengan tangisan air mata, malam yang ku isi dengan alunan merdu Al-Quran. Kemana semua itu pergi? adakah kita akan bertemu dengan semua itu bila tibanya imtihan kembali? Inilah soalan yang bermain difikiran ku, yang menyebabkan ana menekan kekunci huruf-huruf pada pagi yang dingin ini.
Sekarang waktunya sambil kita membaca kita fikirlah adakah kita seperti apa yang ana gambarkan,bukanlah ana ingin tujukan kepada sesiapa namun itulah hakikatnya yang perlu kita akui sekarang. Mungkin kita sekarang sedang berkalwat seorang diri untuk mentelaah kitab-kitab bagi peperiksaan yang akan datang dan ada yang bersama kawan-kawan untuk mengulangkaji. Apa-apa pun sebelum terlambat ana nak ucapkan selamat mengulangkaji pelajaran.
Ingatlah hidup ini hanyalah lakonan d pentas dunia,yang mestilah berlandaskan skrip dari Al-Quran dan As-Sunnah nabi, yang sedang dirakam oleh dua orang malaikat Raqib dan Atib, dan akan di adili lakonan kita ini d mahkamah Allah kelak jika baik lakonan kita ini trofi syurga yang bakal kita kecapi dan jika buruk lakonan kita ini trofi neraka yang bakal kita tatapi. Dan ingatlah pelakon yang paling baik sekali adalah Nabi Muhammad SAW. Oleh itu, marilah kita ikut jejak langkah Nabi kita untuk mencapai kebahagian di dunia dan juga akhirat dan tidak akan pernah rugi walaupun sedikit.
Dalam coretan ana yang ringkas ini ingin sekali ana ucapkan kepada sahabat-sahabat SELAMAT MAJU JAYA DALAM IMTIHAN YANG AKAN DATANG dan SELAMAT STUDY buat semua. Doa-doa la kat ana sama bagi najah tahun ni.... AMIN YA ROBB. serta kesempatan ini ana ingin mohon maaf kepada sesiapa yang pernah ana kasari ataupun pernah hatinya terasa dari perbuatan ana sama ada secara langsung atau tidak. Maaf-maaf la ana ni.... Bak kata lagu P RAMLEE maaf kan kami... Ana akhiri coretan ini dengan GOOD LUCK buat semua kawan-kawan... AMIN.. Wassalam.

Alhamdulillah,dapat kita panjatkan kepada Allah tuhan kepada pencipta..emmm ni ana nk bg satu cerita yang telah ana copy... jadinya sama2 la kita minum... hihihi

SUATU malam ketika aku sedang nyenyak tidur tiba-tiba aku melihat seolah-olah ayahanda menjelma di hadapanku. Perasaan kasih pada ayahanda tidak dapat ditahan-tahankan lagi, lalu aku berteriak: "Ayah... sudah lama tiada berita dari langit sejak ayahanda tiada!"
Waktu itu aku terlalu rindu setelah beberapa hari ayahanda wafat. Ketika aku sedang memanggil-manggil ayahanda, muncul pula para malaikat bersaf-saf lantas menarik tanganku, membawa aku naik ke langit.

Apabila aku mendongak temampaklah istana-istana indah yang dikelilingi taman-taman pawana serta anak-anak sungai mengalir saujana mata memandang.
Keindahan istana demi istana dan taman demi taman berjajaran di hadapan mata begitu mengasyikkan. Dari celahan pintu-pintu istana tersebut menjelmalah para bidadari seolah-olah patung bernyawa yang sangat jelita, sentiasa tersenyum dan bergelak ketawa. Bidadari itu berkata kepadaku: "Selamat datang wahai makhluk yang diciptakan syurga untuknya, dan kerana ayahanda kamu, kami diciptakan..."
Malaikat itu terus membawa aku naik ke langit seterusnya sehingga memasuki sebuah tempat yang dipenuhi istana-istana yang lebih indah daripada sebelumnya. Cahayanya bergemerlapan.
Dalam setiap istana itu terdapat rumah-rumah berisi pelbagai perhiasan indah yang belum pernah dilihat mata, tidak terdengar di telinga dan tidak pernah tersirat di hati. Penghuni istana-istana ini sentiasa bergembira, bergelak ketawa dan ceria. Di istana itu terdapat pelbagai kain sutera nipis dan tebal. Juga terdapat selimut-selimut daripada sutera dengan pelbagai warna dan corak.
Di atas rak-rak kelihatan pelbagai jenis gelas diperbuat daripada emas dan perak yang sungguh menawan. Pelbagai jenis hidangan makanan, buah-buahan serta air minuman yang lazat dan enak tersedia untuk dimakan. Pemandangan di taman-taman pula sungguh memukau dengan aliran sungai yang warnanya lebih putih daripada susu, rasanya lebih manis daripada madu dan baunya lebih semerbak daripada kesturi.
Aku yang kehairanan dan takjub lantas bertanya: "Untuk siapakah tempat-tempat indah sebegini dicipta? Apa nama sungai-sungai yang harum mewangi ini?"
Malaikat-malaikat itu menjawab:
"Tempat ini adalah Firdaus, tempat paling tinggi dan tiada lagi syurga di atasnya. Syurga Firdaus ini khas untuk singgahsana ayahandamu, semua rasul, nabi, para syuhada dan syiddiqun yang dicintai Allah. Sungai ini bernama al-Kautsar yang telah Allah janjikan kepada ayahandamu."
Aku bertanya lagi: "Di mana ayahandaku?"
Malaikat-malaikat menjawab: "Sebentar lagi ayahandamu akan datang menjemputmu!"
Tidak lama kemudian aku ternampak istana-istana yang sangat putih dan permaidani yang tersangat indah. Tiba-tiba aku sudah berada di atas permaidani yang terbentang di atas singgahsana. Aku ternampak ayahandaku sedang berehat di atas singgahsana tersebut dikelilingi sekelompok orang yang tidak dikenali. Ayahanda menarik tanganku dan mencium dahiku berkali-kali.
Ayahanda berkata: "Selamat datang wahai puteriku!"
Lalu ayahanda meletakkan aku di atas pangkuannya dan berkata lagi:
"Wahai puteriku, tidakkah engkau lihat apa yang telah dijanjikan Allah kepadamu dan yang akan engkau perolehi?"
Ayahanda menunjukkan istana-istana yang disaluti bermacam-macam hiasan yang indah menawan serta berkilau-kilauan, saujana mata memandang. Ayahanda berkata: "Inilah tempat tinggalmu, kediaman suamimu, kedua-dua anakmu serta orang-orang yang mencintaimu dan mencintai mereka. Bergembiralah... engkau akan mengikut ayahanda datang ke sini beberapa hari lagi..."
Aku berkata: "Kalau begitu senanglah hatiku dan bertambah rindu pada ayahanda."
Selepas berjumpa beberapa ketika dengan ayahanda, aku terjaga. Tubuhku menggigil dan terasa takut yang amat sangat. Aku masih teringat-ingat bisikan ayahanda. Aku akan mengikut langkah ayahanda beberapa hari lagi. Aku masih ingat ayahanda berkata perkara yang sama sebelum wafat. Ayahanda pernah membisikkan bahawa akulah orang pertama yang menyahut panggilan Ilahi selepasnya.
Sejak hari ayahanda wafat lagi aku selalu menangis dan bersedih. Perasaan sedih makin terasa selepas bermimpi bertemu ayahanda. Aku tahu tidak lama
lagi aku akan meninggalkan dunia fana ini untuk bersama ayahanda tercinta di akhirat yang kekal, aman dan sentosa.
Aku menceritakan mimpi tersebut pada suamiku dan juga pembantuku Asma binti Umays. Aku beritahu saat ajal hampir tiba. Asma menunjukkan pelepah kurma basah untuk membuat usungan seperti yang dilihat dibuat di Habshah.
Aku tersenyum apabila melihat keranda itu. Aku berwasiat supaya jenazahku nanti dikebumikan pada malam hari agar tiada seorang pun yang marah apabila melihat jenazahku. Aku juga meminta suamiku supaya menikahi Umamah, saudara perempuanku. Umamah menyayangi anakku seperti aku menyayangi mereka.
Setelah merasa saat ajal hampir tiba aku membawa dua orang anakku menziarah makam ayahanda. Tubuhku terasa sangat lemah untuk memijak. Tapi aku gagahi juga untuk bersembahyang dua rakaat antara mimbar dan makam ayahanda.
Tidak lama lagi jasadku akan berpisah dengan roh. Aku akan meninggalkan dua puteraku. Lalu aku peluk dan cium kedua-duanya bertubi-tubi. Sayang, ibumu terpaksa pergi dulu...
Selamat tinggal sayangku, puteraku dan suami tercinta. Biarlah aku menghadap Ilahi tanpa tangisan sesiapa. Aku tidak sanggup melihat tangisan puteraku dan suamiku. Biarlah mereka berada di sisi makam ayahanda dan suamiku bersembahyang. Kalau boleh aku mahu tinggalkan dunia ini dalam bersujud pada Ilahi.
Aku terus meninggalkan dua puteraku dan membiarkan suamiku bersembahyang di masjid. Aku mengambil ramuan hanuth, sejenis pengawet mayat yang ayahandaku biasa gunakan. Aku siramkan air ramuan itu ke seluruh tubuhku. Kemudian aku memakai kain sisa kapan ayahandaku. Selepas itu sekali lagi aku memanggil Asma binti Umays yang sentiasa mengurus dan merawatku.
Pada Asma aku berpesan, "Wahai Asma, perhatikanlah aku. Sekarang aku hendak masuk ke rumah membaringkan tubuhku sekejap. Jika aku tidak keluar, panggillah aku tiga kali dan aku akan menjawab panggilanmu. Tetapi jika aku tidak menjawab, ketahuilah aku telah mengikut jejak langkah ayahandaku!"

Setelah sejam berlalu, Asma memanggil-manggil nama wanita itu tetapi tiada sebarang jawapan. Ketika penjaga itu masuk, dia terkejut apabila melihat wanita kurus cengkung itu meninggal dunia dalam sujudnya. Inna lillahi wa inna ilaihi rajiun...

***********
Aku dalam cerita di atas ialah Fatimah az-Zahra, anak Rasulullah dengan isteri pertamanya Siti Khadijah. Fatimah meninggal dunia dalam usia 28 tahun setelah 40 hari Rasulullah s,a.w. wafat dan jenazahnya dimakamkan di perkuburan Baqi' di Madinah. Masih adakah wanita solehah seperti Fatimah di zaman moden ini?


Ahlan Wasahlan ila Dumyat


Alhamdulillah,dengan nikmat kesihatan dan pelbagai nikmat lagi yang di berikan Allah dapat sama-sama kita melangkah masuk ke dalam tahun baru Islam.. Mudah2an kita didalam rahmatnya Amin Ya Robb.

kunjungan YDP dan Exco Perumahan Penang

Alhamdulillah juga yang tidak terhingga apabila penantian kami warga penang yang berada di dumyat yang menanti kedatangan YDP BKPPPM sejak mula kami menjejakkan kaki di Dumyat berakhir dengan kedatangan YDP bagi sesi 2009/2010. Walaupun bukanlah kedatangan beliau atas lawatan rasmi sebagai YDP tetapi diatas lawatan seorang kawan untuk menziarahi kawan yang berada d dumyat.Terima kasih yang tidak terhingga diatas lawatan itu.
Kami bukanlah mengharapkan lawatan yang rasmi tapi yang kami inginkan adalah datang menjengok kami walaupun sekejap, walaupun bukan lawatan rasmi YDP. Kami tahu saban tahun setiap BKAN akan mengadakan jaulah AJKT tapi bukan itu yang kami mahukan, datang kesini atas dasar kerja, klu x da kerja maka batang hidung pun x nampak. Apa salahnya ambil masa dua tiga hari untuk datang melawat kami d sini. kenapa tidak boleh, adakah kami jauh? klu jauh kenapa kami bleh balik ke kaherah tiap bulan. klu nak ikutkan kerja sampai bila pun x habis.

Kami ngan Exco Perumahan
(berbasikal ke pantai hahahah)


emmm, itulah sedikit luahan hati kami hahhahaha,tak pa laaaa bukan ana nk cite pasai AJKT BKAN buang masa ja...
Apa2 pun tahniah buat exco perumahan penang Us Zahid yang sudi melawat kami walaupun sibuk bebanan kerja di rumah negeri tambahan pula sekarang didalam fatrah peperiksaan, tapi dia sanggup datang walaupun sehari. Kami disini rasa terharu apabila dia sanggup meluangkan masa bersama kami. Tahniah kami ucapkan.. TAHUN DEPAN KITA UNDI LAGI US ZAHID. hahahah.

semangat YDP dalam mengutip kerang

Sekali lagi ana ucapkan terima kasih kepada YDP penang Us Hafis Abidin,Exco Perumahan Us Zahid Ismail, dan Us Bakar kerana sudi meluangkan masa bersama kami....
Mudah2an Allah memberi kalian kejayaan dan kemudahan dalam sesuatu...AMIN YA ROBB.

Terima kasih kami ucapkan..



VS



Alhamdulillah, dapat di panjatkan kepada Allah yang sentiasa memberi kurniaNya, serta selawat dan salam kepada junjungan kita Muhammad SAW. Hari ini ana terfikir sesuatu yang menyebabkan jari jemari ini bermain diatas kekunci huruf-huruf yang ada di hadapan komputer, klu nak tahu baca la sampai ke punghujungnya.hahhhahahahaha.

Pada penghujung bulan sebelas yang lalu kita telah menyaksikan kesudahan cerita yang boleh dianggap Islamik laaa jugak iaitu cerita NUR KASIH, yang dibintangi oleh beberapa artis tanah air yang ana rasa Berjaya membawa wakta yang telah diberikan. Apa yang menghairankan ana kita sanggup menunggu dari minggu ke minggu untuk menonton cerita yang tidak pernah dipaparkan di kaca tv, namun setiap hari jumaat ia akan ditayangkan sehinggakan ada yang tidak mahu kemana.hahahah. tidak apa laa, itu yang berlaku di Malaysia tapi yang berlaku Mesir pun tak kurang hebabtnya sehingga sanggup download dan sanggup menunggu dari episod ke episod…

Tak apa laaa… semua itu hanyalah hiburan kita, emmm ana pun salah seorangnya,hahahahh, tidak lepas ana menontonnya bukan apa mula-mula tak mau tengok tapi bila dah tengok nak tahu jugak apa yang akan berlaku selepas itu, tu yang sanggup menunggu, tapi apa yang dapat? Bagi ana boleh la serba cikit daripada cerita tu:

1)Bagaimana seorang ayah yang ingin mendidik anaknya agar Berjaya di dunia dan akhirat

2)Pengorbanan seorang isteri (hajjah) yang sanggup menjaga suaminya yang sakit dan sanggup melayan karenah anaknya

3)Pengorbanan seorang abang yang tidak mahu adiknya menjadi magsa dan tidak mahu adiknya terus hanyut di dalam arus kehidupan

4)Ketabahan dan kesabaran seorang isteri (nur ) yang menunggu suaminya walaupun suaminya tidak mahukan kepadanya. Tapi akhirnya membawa kebahagian kepadanya.

5)Ketaatan seorang anak (nur) yang menerima suruhan ayahnya agar ia dikawinkan walaupun ia hendak melanjutkan pelajaran, dan keakuran anak (aidil) yang terpaksa menerima pilihannya untuk adiknya.

6)Naluri seorang isteri yang mengatakan suami tercinta masih hidup, dan ia sanggup menunggu bertahun-bertahun

7)Kesanggupan seorang isteri (alia) yang sanggup dimadukan kerana tidak mahu nur dalam kesedihan dan ibu mertuanya kehilangan nur.

8)Secara ikhlasnya ia memberi motivasi buat orang yang sudah dan akan berumahtangga.

Cukup laaa.. ana bagi tentang NUR KASIH, klu ada lagi sahabat-sahabat tambah laaaa.


Penantian satu kesabaran

Satu lagi cerita yang sedang kita nanti-nantikan adalah sambungan KETIKA CINTA BERTASBIH 2 yang sudah pun ditayangkan di pawagam, tapi di Mesir ni tak dak g.emmm. sedihnya.. ada tu ada la tapi yang cetak rompak, mana best tengok. Mungkin semua sahabat ternanti-nantikan sambungan cerita dari karya HABIBURRAHMAN yang pernah kita baca karyanya AYAT-AYAT CINTA. Mungkin dalam satu atau dua minggu lagi cerita ini akan sibuk di download oleh sahabat-sahabat dan mungkin ana salah seorangnya hahah. Bukan apa kita hendak tahu apakah kesudahannya, adakah seperti dalam fikiran sahabat atau sebaliknya, namun yang sudah menghayati Novel Ketika Cinta Bertasbih sudah pasti apakah penghujungnya.

Bagi ana cerita ini nampak ke islamiknya, kita lihat bagaimana pergaulan mereka yang ada batasannya. Tapi apa yang kita dapat? Mungkin pada ana:

1)Ketabahan seorang mahasiswa (kairul azam) yang bertungkus lumus dalam pelajarannya dan dalam masa yang sama mencari kewangan untuk dirinya dan keluarga

2)Perasaan tidak pernah jemu dalam menuntut ilmu oleh mahasiswa/wi (furqan/anna) di bumi kinanah ini.

3)Kecekalan adik dan ibu yang sanggup menunggu anaknya(kairul azam) yang menuntut ilmu d Mesir 9 tahun

4)Peringatan kepada kita apabila membawa masuk arab ke dalam rumah (buat sahabat di mesir)

5)Kasih dan kerinduan seorang adik kepada abangnya yang tidak pernah putus menulis surat.

6)Keterbukaan seorang calon suami (furqan) yang mendengar hujah yang di lemparkan oleh calon isteri(anna)

Dan banyak lagi la yang sahabat-sahabat dapat, klu nak tahu apa kesudahannya tontonilah sambungannya.

Klu nak tahu dengan lebih lanjut tentang cerita NUR KASIH dan KETIKA CINTA BERTASBIH tontonlah… tapi jangan lupa tonton-tonton jugak STUDY JANGAN LUPA… ok lah, selamat semuanya.

Wassalam….

;;
 
 
 

Followers