5 syarat nak buat maksiat

Ana bawa suatu cerita InyaAllah berguna untuk kita..

Suatu hari ada seorang lelaki yang menemui Ibrahim bin Adham. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak! Selama ini aku gemar bermaksiat. Tolong berikan aku nasihat." Setelah mendengar perkataan tersebut Ibrahim berkata, "Jika kamu mahu menerima lima syarat dan mampu melaksanakannya, maka boleh kamu melakukan maksiat." Lelaki itu dengan tidak sabar-sabar bertanya. "Apakah syarat-syarat itu, wahai Aba Ishak?"

Ibrahim bin Adham berkata, "Syarat pertama, jika kamu bermaksiat kepada Allah, jangan memakan rezekinya." Mendengar itu dia mengernyitkan kening seraya berkata, "Dari mana aku mahu makan? Bukankah semua yang ada di bumi ini rezeki Allah? "Ya!" tegas Ibrahim bin Adham. "Kalau kamu sudah memahaminya, masih mampukah memakan rezekinya, sedangkan kamu selalu berkeinginan melanggar larangan-Nya?"

"Yang kedua," kata Ibrahim, "kalau mahu bermaksiat, jangan tinggal di bumi-Nya! Syarat ini membuat lelaki itu terkejut setengah mati. Ibrahim kembali berkata kepadanya, "Wahai Abdullah, fikirkanlah, apakah kamu layak memakan rezeki-Nya dan tinggal di bumi-Nya, sedangkan kamu melanggar segala larangan-Nya?"

"Ya! Anda benar." kata lelaki itu. Dia kemudian menanyakan syarat yang ketiga. Ibrahim menjawab, "Kalau kamu masih mahu bermaksiat, carilah tempat tersembunyi yang tidak dapat terlihat oleh-Nya!" Lelaki itu kembali terperanjat dan berkata, "Wahai Ibrahim, ini nasihat macam mana? Mana mungkin Allah tidak melihat kita?" "Ya, kalau memang yakin demikian, apakah kamu m asih berkeinginan melakukan maksiat?" kata Ibrahim. Lelaki itu mengangguk dan meminta syarat yang keempat.

Ibrahim melanjutkan, "Kalau malaikat maut datang hendak mencabut rohmu, katakanlah kepadanya, 'Ketepikan kematianku dulu. Aku masih mahu bertaubat dan melakukan amal soleh'." Kemudian lelaki itu menggelengkan kepala dan segera tersedar, "Wahai Ibrahim, mana mungkin malaikat maut akan memenuhi permintaanku?"

"Wahai Abdullah, kalau kamu sudah meyakini bahawa kamu tidak boleh menunda dan mengundurkan datangnya kematianmu, lalu bagaimana engkau boleh lari dari kemurkaan Allah?"

"Baiklah, apa syarat yang kelima?" Ibrahim pun menjawab, "Wahai Abdullah kalau malaikat Zabaniyah datang hendak mengiringmu ke api neraka di hari kiamat nanti, jangan engkau ikut bersamanya."

Perkataan tersebut membuat lelaki itu insaf. Dia berkata, "Wahai Aba Ishak, sudah pasti malaikat itu tidak membiarkan aku menolak kehendaknya." Dia tidak tahan lagi mendengar perkataan Ibrahim. Air matanya bercucuran. "Mulai saat ini aku bertaubat kepada Allah." katanya sambil terisak-isak.

Jika kita sering kali menyebut setiap manusia itu mempunyai pasangan yang tersendiri. ada yang kata kekasih, ada yang kata makwe la pakwe, ada yang kata awek la, girlfriend dan boyfriend macam-macam lagi la.... sampai banyak sangat panggilannya.. emmmm apa-apa pun itulah hakikatnya kehidupan remaja dan dewasa zaman sekarang... namun bagi ana kekasih ini bleh la kita letak ibu, ayah,saudara mara, rakan-rakan dan yang pastinya kekasih hati laaa... hhahaha. tentu kita rasa lucu sedikit jika mereka ini da dlm kehidupan kita. ada rasa seronok dan ada rasa gembira.. namun itulah hakikatnya jika mereka senantiasa disisi kita...

Mari renung sejenak klu semua yang ana nyatakan tadi tidak ada disamping kita untuk memberi sokongan dan dorongan pastinya kita akan rasa sendirian tidak ada penghibur, tidak ada kawan bual malah tidak ada aktiviti yang mungkin kita akan lakukan.. apa taknya tinggal sorong la katakan... ana rasa ada diantara kita yang biasa tingga seorang dirumah... masa tu barulah tahu buat ni tak kena buat nu tak kena akhirnya tidoooooo.... adanya main internet yang tu la zaman sekarang tak tau nk wat pa.... paling habis tak tau nk wat pa keluar rumah melepak... emmmm apa nk jadi la zaman sekarang.. hahahaha... bak kata pelakon tu "zaman dah berubah dunia dah maju"...

Ana nk bawak satu cerita seorang suami hilang kekasihnya (isteri). Penyeri rumah tangga adalah isteri namun apakan daya pepatah yang digunakan oleh ramai pasangan kekasih sebenarnya salah ye laaa "mati dan hidup kita adalah bersama".. emmm tak kan lupa ajal,maut, jodoh, rezeki,pertemuan kan semua itu ditentukan Allah. aaaa klu tok guru ana kata semua ni karut mana ada orang yang tahu dia bleh mati bersama dengan pasangan dia..... klu belakon filem bleh laaa buat mati bersama.... emmm sudah laa nanti panjang pulak... sambung balik cite.. nk di katakan pasangan suami isteri ni ada 9 org anak yang belajar tinggi la jugak... suatu hari bila si isteri ni meninggal pakat pulang semua anak yang tinggal di Johor la, Pahang la, Kuala Lumpur la, Penang la.... seronok ayah melihat semua anak pulang paling kurang pun mak dah tak ada anak-anak ada... dah abis selesai semua urusan jenazah... pakat berhimpun la semua anak beranak. ayah masih seronok lagi la tak menangis malah tak sedih pun sebab anak-anak ada... tiba-tiba anak pertama nk blik katanya esok kerja.. yang si ayah ni tak pa la blik sorang ada 8 lagi.. tak sempat 5 minit yang anak no 2 dan 3 pulak nk blik katanya esok anak sekolah... masa tu si ayah ni baru rasa sebak cikit tp anak-anak tak nampak laaa. sampaila waktu solat asar... anak yang ke 4,5 dan 6 nk blik katanya esok kerja, anak sekolah... tak sampai 5 minit anak yang ke 7 blik pulak.. akhirnya tinggallah anak bonggu...

Hati ayah ni tetap seronok sebab ada lagi anak yang nk teman. namun keseronokkan tu tak lama sesudah maghrib anak yang bongsu pun nk blik juga... masa tu baru la yang si ayah ni menangis sambil berkata "ang pun nak blik jugak... tak dak dah yang sapa nak teman aku kat umah ni macam mak hampa dulu"... masa tu la baru teringat hilang kekasih tidak ada lagi pengganti... emmm

Nk di jadikan cerita jika keseorangan begitulah jadinya... Namun sebenarnya kita lupa yang paling penting Allah sentiasa bersama kita walau apa ketika pun.. tika orang bencikan kita Allah ada, tika orang tinggalkan kita Allah ada, tika orang tak mahu kan kita Allah ada.... pendek kata Allah sentiasa bersama kita la..... Cuba kita bayang kan klu kita hilang kasih sayang Allah macam mana jadinya??? makan kah kita,seronokkah kita,gembirakah kita..... fikir-fikirkanlah.... tp klu kita hilang si dia kita masih bleh seronok, masih bleh makan siap makan 4 pinggan lagi.. hahaha klu pun hilang kekasih mungkin 3 hari ja kita terasa kan selepas kata semangat datang "BUNGA BUKAN SEKUNTUM KUMBANG BUKAN SEEKOR" trus semangat...hahahahaaha
WaAllahu A"lam...

;;
 
 
 

Followers