Salam Maal Hijrah


Alhamdulillah, sedar atau tidak kita akan menyambut Maal Hijral bagi tahun 1431H. pejam celik-pejam celik itulah putaran hari yang berganti hari, jam berganti jam dan minit berganti minit akhirnya peristiwa hijrah dibicara semula, selepas setahun kita meningalkannya. Begitulah selepas ini ia dibicara semula tapi bila tibanya tahun yang baru dalam hijrah, bukanlah niat dihati untuk mencoretkan cerita tentang peristiwa hijrah, yang melihatkan beberapa pengorbanan manusia yang bekerja keras untuk menolong bagi menjayakan perintah Allah hijrah ke Madinah.

Setiap kita mungkin akan teringat peristiwa itu dengan mantap dan ada yang boleh menceritakan semua itu satu persatu malah boleh menyebutnya kalau di tanya. maka tidak selayaknyalah ana menceritakan peristiwa itu di dalam blog ana ini sebab sahabat-sahabat lebih mengetahuinya daripada ana.

Ana menulis pada hari ini hanya ingin mengucapkan selamat menyambut MAAL HIJRAH kepada semua muslimin dan muslimat serta bagi sahabat blog ana yang sering mengziarahi blog ana yang tidak seberapa ini. maaf dipinta diatas apa yang terasa dihati jika ana pernah mengguriskan hati sahabat-sahabat.

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers