Pesanan apa lagi ya.... yang aku lupa
(makan malam d Dahab)

InsyaAllah tanggal pertengahan bulan satu ini pelajar yang menuntut di Azhar akan menempuh peperiksaan bagi fasa yang pertama. Ada sahabat yang telah memulakan perjuangan dalam memburu imtiaz pada peperiksaan fasa satu ini dan ada juga yang masih dalam keadaan biasa umpama “imtihan masih lambat lagi” namun apa-apa pun kita doakan semuanya akan mendapat kejayaan seperti yang diharapkan oleh kedua ibu bapa kita.

Dalam penulisan kali ini bukan ana akan menulis tentang apa cara yang perlu kita buat sebelum,semasa atau selepas imtihan namun tergerak hati ini mengenagkan ucapan orang yang berada di tanah air sebelum kita melangkah dalam meneruskan perjuangan di bumi ambia’ ini. Beberapa ucapan mereka yang akan akan lakarkan dalam bentuk dialog:

1) Suatu pagi sesudah ayah,abang kekerja dan adik ke sekolah, tinggallah ibu dan seorang yang baru sahaja menamatkan zaman persekolahan dan menanti suatu kegembiraan keputusan Sijil Tinggi Agama Malaysia (STAM). Maka terjadilah perbualan antara ibu dan anak ini.

“Mak” panggil si anak. “Ya” jawab seorang ibu sambil tersenyum.”Mak masak apa pagi ni, adik lapar laa.”merungut si anak. “Pi la tengok kat dapur, mak buat nasi lemak sambal tumis ikan kering” jawab ibu yang tahu akan kesukaan anaknya sambal tumis. Lantas si anak pergi kedapur dan membuka tudung periuk lalu diambil nasi dan lauk untuk di jamah. Sedang asyik anak ini menjamah kelazatan nasi lemak dengan sambal tumis ikan kering tiba-tiba ibu masuk ke dapur dan duduk d meja makan bersama ana lantas berkata.”Adik dah habis peperiksaan ni nak buat apa” tanpa melambatkan jawapan “Adik nak kerja, sebelah paginya di sekolah lama dan petangnya mengajar KAFA di Sek Keb Prai di Butterworth.” “emm jadi ka adik nak pi isi borang ke Universiti Madinah” tanya ibu sejurus dari jawapan anaknya. “tak jadi kot, adik nak pi mesir laaa. Lagi pun dari dulu lagi memang adik nak pi mesir” jawab anak dengan yakin.

“Lepas tu adik tak letih ka dok ulang alik dari Sg Petani ke Butterworth” tanya ibu yang kasihankan anaknya yang selalu berulang alik untuk bekerja. “Letih tu letih jugak tapi nak buat camna, adik nak cari duit jugak nak buat tambang kapal terbang ke Mesir dan belian barang untuk kesana” jawab anak akan pertanyaan ibunya. Lantas ibu bertanyakan “Cukupka dengan gaji tu, pas ni nak tolak duit minyak lagi,duit makan lagi” “cukup kalau tak cukup mak tambah la” jawab anak sambil gurau. Ibu hanya tersenyum.

Dalam senyumannya itu tersimpan rasa sebak apabila si anak melihat air mata yang bergelinang di kelopak mata ibunya. Lantas ibunya menyapu air mata itu dengan tangan lantas berkata ”wahai anak ku ingatlah kau pergi ke suatu bumi yang di sana ada kesan kebaikan nabi Allah dan kesan keburukan firaun laknatullah. kau carilah sebanyak mungkin mutiara yang tersimpan di bumi itu agar ianya menjadi suatu cahaya dalam diri mu wahai anak. kau ingatlah di sana tiada mak,abah,along,angah,adik dan semuanya tapi di sana ada kawan-kawan yang kau harus nilai mereka untuk kebaikan engkau. kau carilah seberapa bnyak kawan dan jangan sesekali kau cari musuh. dan kau carilah beberapa orang sahabat untuk menemanimu ketika kau dalam kesusahan dan di dalam kegelisahan. ingatlah kawan dan sahabat ada bezanya. emak tak harapkan kau bawa pulang segulung ijazah tanpa ilmu tapi mak harapkan kau bawa pulang ilmu bersama dengan kecemerlangan yang mak dan abah harapkan. walaupun mak berat nk lepaskan kau pergi namun demi cita-cita kau yang kau beritahu mak saban waktu yang kau ingin ke MESIR mencari mutiara ilmu mak lepaskan kau. walaupun mak mungkin akan mengingati kau saban waktu biarlah ianya sebagai pengubat rindu. KAU PERGILAH MENCARI SEBANYAK MUNGKIN MUTIARA ILMU DI SANA.” Lantas si anak terus mengalirkan air mata lalu memeluk ibunya sambil mengatakan”InsyaAllah Mak adik janji membawa apa yang mak harapkan”.

Sahabat yang ana kasihi sekalian ana pernah menulis pesan ibu ini dalam blog ana pada Jun 2009 yang lalu.

Bersambung Ucapan yang seterusnya…

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers