Permata Yang Dicari....


Merenung sejauh mana Permata Yang telah Ditemui

Malam ini payah benar mata ini untuk di pejamkan, rasanya macam ada sesuatu yang kurang tapi apa ya???? Lantas fikiran ku teringat permintaan ahli bait aku yang lama di rumah Aqil bin Abi Talib yang meminta ku menulis suatu tajuk Permata Yang Dicari. Malam ini aku tersenyum sendirian memikirkannya apa yang patut ditulis. Berkali-kali aku menaip tapi sekerat jalan kemudian kekunci Backspace aku tekan namun kali ini aku secara tiba-tiba terus aku dapat buah fikiran untuk menaip. Sama-sama kita tatapi tajuk ini yang bakal ana tulis dalam beberapa bahagian.

Jika kita lihat pada tajuk pasti kita akan rasa kagum, ye laaa permata yang hendak dicari bukannya senang seperti difikirkan terus dapat namun kita harus menyelam dalam arus kehidupan ini untuk mencari permata yang paling bermutu. Mungkin mudah jika kita mencari permata yang tiruan hanya jalan di kaki lima terus dapat mengecapinya namun mencari permata yang betul-betul asli bukan seumpama itu. Jadinya ana bahagikan Permata ini kepada beberapa bahagian:

1)Iman yang menjadi penawar hidup

2)Ayah dan Bonda yang sentiasa memberi kekuatan

3)Ilmu yang dituntut

4)Pasangan hidup kita

BAHAGIAN PERTAMA (Iman yang menjadi penawar hidup)

Permata pertama yang ana akan lakarkan dalam bahagian pertama penulisan ini adalah permata yang wajib kita sebagai umat yang menyebut Lailahaillah ialah mencari Iman dan taqwa kepada Allah dengan sebenar-benarnya dan Iman dan kasih sayang kepada RasulNya. Walaupun iman manusia ini sering kali disebut bertambah dan berkurang namun itu bukanlah menjadi penghalang untuk mencari permata yang paling penting dalam kehidupan dunia ini sebelum kita dijemput bertemu Allah tuhan sekalian alam.

Kita sedia maklum, sering kali kita terdengar suatu lagu. “Iman tak dapat dijual beli- Iman tak dapat diwarisi- Iman tak dapat dicari di gunung,darat,ataupun lautan-.“ Permata ini bukannya boleh dapat jika sanggup merentas lautan api,namun jika tiada dapat permata ini mungkin benar kita akan berada di dalam lautan api neraka Allah yang sudah dijanjikan. Adakah ini yang kita ingin tempah?

Dewasa kini, ramai yang kita lihat sudah tersimpang daripada landasan yang sebenarnya. Mulut mereka yang manis hanya menyebut Lailahaillah, perbuatan mereka yang cantik dipandang, namun itu hanyalah perhiasan untuk menutup segala kebengkokkan yang telah terkeluar dari jalan yang lurus. Contohnya,umpama cerita yang sudah terpahat sejak 1400 tahun yang dulu tentang kisah Abdullah Bin Ubai sehinggakan Allah SWT melakarkannya didalam Al-Quran tentang golongan munafik.

Saban hari kita membaca Al-Quran dan kita menatap terjemahnya namun ianya tidak diambil kira. Kita hanya membaca dengan suara yang lunak tapi yang sedih isi darinya hanya digunakan hujah untuk sesuatu kepentingan peribadi bukannya kita jadikan isi Al-Quran itu sebagai akhlak dalam kehidupan kita. Al-Quran mengajar kita taat dan bertaqwa kepada Allah namun apa yang telah kita lakukan dalam ketaatan dan ketaqwaan kepada Allah. Maka pesan saya marilah kita mencari Permata ini agar kita bahagia di dunia dan akhirat.

Satu lagi permata yang ana sebut dalam bahagian ini adalah Iman dan kasih kepada Rasulallah SAW. Ini adalah satu lagi permata yang perlu dicari dan dipelihara sebaik-baiknya. Mungkin kita pernah mendengar pepatah “seorang ibu boleh menjaga,mengasuh,mendidik,mengasihi,menyayangi sepuluh orang anak tapi sepuluh orang anak ini belum tentu boleh menjaga,mengasihi,menyayangi seorang ibu yang menjaga mereka begitulah jika kita padankan pepatah ini seorang Rasulallah yang diutuskan untuk umatnya amat menyayangi umatnya kenapa kita sebagai umatnya tidak boleh menyayangi Rasul kita?

Nabi Nuh AS diutuskan kepada umatnya yang begitu ramai namun hanya 80 orang sahaja yang beriman kepadanya. Seorang boleh menyayangi puluhan juta manusia kenapa puluhan juta manusia ini tidak boleh menyayangi seorang yang namanya Muhammad SAW. Mari kita singkap kembali sejarah apabila nabi kekota Toif tapi nabi di sambut oleh umatnya dengan cacian,hamunan dan balingan batu sehinggakan darah mengalir namun apa yang nabi SAW lakukan setelah Jibril AS menawarkan agar dibinasakan Umat Toif tapi nabi memberi amaran kepada Jibril AS JANGAN mereka adalah umat ku yang tidak mengetahui sejurus berdoa agar umatnya di berikan hidayah. Allahu Akbar. Rasa tersebak mengenagkan sifat nabi yang mengasihi umatnya namun apa yang kita lakukan?

Oleh itu, jika sudah mendapat menemui Permata ini maka peliharalah ia agar dapat menempah kebahagian di dunia dan akhirat, WaAllahu A’lam. Bersambung……..

1 Comment:

  1. cahaya_nurani89 said...
    bla nk sambung bhgn yg sterusnya?

Post a Comment




 
 
 

Followers