salam, alhamdulillah dapat dipanjatkan kerana Allah memberi saudara kepintaran dalam menulis namun sayang seribu kali sayang apabila ianya di salah gunakan untuk kepentingan sendiri ataupun kepentinagan parti politik yang saudara bawa (saudara lebih mengetahui dari ana sebab saudara sudah ketahap M.A). Sebenarnya tidak salah jika saudara ingin memberi penjelasan tentang apa yang berlaku.namun ana rasa penjelasan yang saudara berikan sudah menyimpang dari perkara rialiti. cuba saudara fikir sendiri, Isu Bacaan Kutub Sittah yang sekarang hangat saudara lakarkan dalam blog saudara. Apa masalahnya jika pihak PMRAM mengambil penjelasan dari MSD?? Jika nak di tunggu temu janji, jawabnya saudara-saudara kita yang memang mengikhlaskan diri untuk menuntut ilmu hadis oleh Tuan Syeikh Azhar nampaknya hanya tinggal impian sahaja. Cuba sekali lagi saudara fikir saudara hanya mengkritik orang lain tanpa bukti yang kukuh, malah saudara berhujah dengan hujah yang menyebabkan saudara telah tersimpang dari landasan yang sebenarnya. Saban kali ana membaca petikan yang saudara tulis, terpaut di hati ini mudah-mudahan ana dapat menulis seumpama saudara namun terdetik selepas daripada itu mudah-mudahan ana tidak menulis seumpana saudara yang boleh menyebabkan fikrah kita pelajar dibumi kinanah ini berubah atas suatu risalah yang ditulis. apa-apa pun berkenaan DESAK, kita usahalah sedaya mampu untuk mengetahui yang lebih lanjut tentang Kutub Sittah. Bukannya DESAK sudah Terdesak tapi Desak akan terus mendesak yang mana benar dan yang mana salah. Ana sememangnya ingin menulis panjang namun ana rasa ana hanya menulis sahaja namun mungkin saudara tidak akan membacanya sebab blog ana tidak di kenali ramai, tapi ana berusaha menulis untuk menyatakan apa yang terpaut di hati ini. ana memohon maaf jika saudara terguris hati dengan ulasan yang ana lemparkan ke dalam blog ini dan saudara maklumlah ana ini menulis tak sempurna ayat saudara. Wassalam

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers