apa yang kau tahu
(pekan soidi masa musim bunga)
Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian. Pejam celik-pejam celik sudah meningkat usia kita dari hari ke hari. Namun itulah lumrah hidup yang muda akan tua yang hidup akan mati, yang tidur akan terjaga dan sebagainya. Kali ini ana akan sambung tajuk Ucapan dan pesanan yang payah aku lupakan. Jika tajuk yang pertama ana kisahkan seorang anak dan seorang ibu yang cukup prihatin kepada anaknya yang ingin melanjutkan pelajaran ke Azhar.
Hari ini ana nak lakarkan satu cerita dan pesanan seorang ayah pula kepada seorang anak yang ingin belajar jauh dari pandangannya. Jika seringkali kita rasakan ayah hanya sibuk mencari rezeki untuk tanggungannya, keluar kerja anak masih di dalam keseronokkan mimpi dan pulang pula ana sudah di buai mimpi. Namun itulah, kebiasaannya seorang ayah yang tidak pernah merungut banyak mana keringat yang telah di tumpahkan, banyak mana waktu yang telah di habiskan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Tapi setiap keringat yang menitik jatuh ketanah adalah untuk membahagiakan anaknya.
Suatu hari, bila si anak sudah hampir untuk ke Mesir, maka si ayah banyak menghabiskan masa dengan anak ini. Walaupun ia tahu kerjanya masih ada yang tergendala, namun demi anaknya yang tercinta maka kerjanya ditangguhkan malah ada yang ditinggalkan. Bila tengah sibuk si ayah melayan kerenah si anak yang ingin ke Mesir, ada yang nak itu, dan ada yang nak ini. Bak kata perpatah macam-macam nak, tapi semuanya sanggup ayah membelinya. Bila ditanya ayah “Bleh ka adik nak ambik ni” ayah jawab dengan suka “ambik la apa yang adik nak, abah takut kat mesir tak dak macam kat sini” jadi si anak pun ambik la apa yang dia nak.
Sedang asyik anak ini seronok dengan barang-barang yang baru di beli tiba ayah membuka mulutnya dan melontorkan satu kata-kata yang menjadi ingat hingga sekarang. “Adik, abah tahu adik nak buat yang terbaik untuk mak ngan abah dan abah yakin adik bleh buat apa yang adik ingin lakukan. Abah tak kisah abiskan duit untuk anak abah, anak abah nak handpone abah beli, anak abah nak lap top abah belikan, anak abah nak duit abah berikan, anak abah nak motor abah belikan, walaupun mulanya abah marah tapi sebenarnya abah sayangkan anak-anak abah, walaupun abah sering marah anak-anak abah sebenarnya abah nak anak-anak abah jadi orang yang bleh menolong abah ngan mak bila sakit, abah nak anak-anak abah bleh doakan abah dan mak bila mak ngan abah sudah tiada, bukannya abah nak anak abah yang ada ijazah yang boleh dimegahkan,bukan yang ada ijazah untuk cari kerja dengan gaji tinggi, biarlah anak abah tak masuk universiti sekalipun tapi tahu hormat mak ngan abah, tahu jaga mak ngan abah, tahu nak mendoakan mak ngan abah, abah rasa seronok , abah rasa suka tapi kalau masuk universiti tak tahu hormat abah, tak tahu hormat mak abah rasa lebih elok jangan masuk universiti, adik abah bagi tahu adik sebab lepas ni adik nak pergi jauh dari mak ngan abah, lepas ni adik takkan ada lagi orang yang boleh mengawal tingkah laku adik, jadi abah pesan, adik jangan tinggak sembahyang, adik jangan cari gaduh dengan orang dan adik jangan lupa apa yang sebenarnya adik kesana”
Sahabat-sahabat sekalian bukanlah ana menulis pesanan yang kedua ini untuk meminta kasihan belas dari sahabat, tapi hanyalah untuk kita memikirkan kembali apa sebenarnya kita ke sini. Tambahan pula kita sudah hampir dengan peperiksaan. Maaf jika ada menyinggung sahabat, dan cerita yang ana bawani tiada kena mengena ngan sesiapa.
Bersambung………

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers