Ahlan Wasahlan ila Dumyat


Alhamdulillah,dengan nikmat kesihatan dan pelbagai nikmat lagi yang di berikan Allah dapat sama-sama kita melangkah masuk ke dalam tahun baru Islam.. Mudah2an kita didalam rahmatnya Amin Ya Robb.

kunjungan YDP dan Exco Perumahan Penang

Alhamdulillah juga yang tidak terhingga apabila penantian kami warga penang yang berada di dumyat yang menanti kedatangan YDP BKPPPM sejak mula kami menjejakkan kaki di Dumyat berakhir dengan kedatangan YDP bagi sesi 2009/2010. Walaupun bukanlah kedatangan beliau atas lawatan rasmi sebagai YDP tetapi diatas lawatan seorang kawan untuk menziarahi kawan yang berada d dumyat.Terima kasih yang tidak terhingga diatas lawatan itu.
Kami bukanlah mengharapkan lawatan yang rasmi tapi yang kami inginkan adalah datang menjengok kami walaupun sekejap, walaupun bukan lawatan rasmi YDP. Kami tahu saban tahun setiap BKAN akan mengadakan jaulah AJKT tapi bukan itu yang kami mahukan, datang kesini atas dasar kerja, klu x da kerja maka batang hidung pun x nampak. Apa salahnya ambil masa dua tiga hari untuk datang melawat kami d sini. kenapa tidak boleh, adakah kami jauh? klu jauh kenapa kami bleh balik ke kaherah tiap bulan. klu nak ikutkan kerja sampai bila pun x habis.

Kami ngan Exco Perumahan
(berbasikal ke pantai hahahah)


emmm, itulah sedikit luahan hati kami hahhahaha,tak pa laaaa bukan ana nk cite pasai AJKT BKAN buang masa ja...
Apa2 pun tahniah buat exco perumahan penang Us Zahid yang sudi melawat kami walaupun sibuk bebanan kerja di rumah negeri tambahan pula sekarang didalam fatrah peperiksaan, tapi dia sanggup datang walaupun sehari. Kami disini rasa terharu apabila dia sanggup meluangkan masa bersama kami. Tahniah kami ucapkan.. TAHUN DEPAN KITA UNDI LAGI US ZAHID. hahahah.

semangat YDP dalam mengutip kerang

Sekali lagi ana ucapkan terima kasih kepada YDP penang Us Hafis Abidin,Exco Perumahan Us Zahid Ismail, dan Us Bakar kerana sudi meluangkan masa bersama kami....
Mudah2an Allah memberi kalian kejayaan dan kemudahan dalam sesuatu...AMIN YA ROBB.

Terima kasih kami ucapkan..



VS



Alhamdulillah, dapat di panjatkan kepada Allah yang sentiasa memberi kurniaNya, serta selawat dan salam kepada junjungan kita Muhammad SAW. Hari ini ana terfikir sesuatu yang menyebabkan jari jemari ini bermain diatas kekunci huruf-huruf yang ada di hadapan komputer, klu nak tahu baca la sampai ke punghujungnya.hahhhahahahaha.

Pada penghujung bulan sebelas yang lalu kita telah menyaksikan kesudahan cerita yang boleh dianggap Islamik laaa jugak iaitu cerita NUR KASIH, yang dibintangi oleh beberapa artis tanah air yang ana rasa Berjaya membawa wakta yang telah diberikan. Apa yang menghairankan ana kita sanggup menunggu dari minggu ke minggu untuk menonton cerita yang tidak pernah dipaparkan di kaca tv, namun setiap hari jumaat ia akan ditayangkan sehinggakan ada yang tidak mahu kemana.hahahah. tidak apa laa, itu yang berlaku di Malaysia tapi yang berlaku Mesir pun tak kurang hebabtnya sehingga sanggup download dan sanggup menunggu dari episod ke episod…

Tak apa laaa… semua itu hanyalah hiburan kita, emmm ana pun salah seorangnya,hahahahh, tidak lepas ana menontonnya bukan apa mula-mula tak mau tengok tapi bila dah tengok nak tahu jugak apa yang akan berlaku selepas itu, tu yang sanggup menunggu, tapi apa yang dapat? Bagi ana boleh la serba cikit daripada cerita tu:

1)Bagaimana seorang ayah yang ingin mendidik anaknya agar Berjaya di dunia dan akhirat

2)Pengorbanan seorang isteri (hajjah) yang sanggup menjaga suaminya yang sakit dan sanggup melayan karenah anaknya

3)Pengorbanan seorang abang yang tidak mahu adiknya menjadi magsa dan tidak mahu adiknya terus hanyut di dalam arus kehidupan

4)Ketabahan dan kesabaran seorang isteri (nur ) yang menunggu suaminya walaupun suaminya tidak mahukan kepadanya. Tapi akhirnya membawa kebahagian kepadanya.

5)Ketaatan seorang anak (nur) yang menerima suruhan ayahnya agar ia dikawinkan walaupun ia hendak melanjutkan pelajaran, dan keakuran anak (aidil) yang terpaksa menerima pilihannya untuk adiknya.

6)Naluri seorang isteri yang mengatakan suami tercinta masih hidup, dan ia sanggup menunggu bertahun-bertahun

7)Kesanggupan seorang isteri (alia) yang sanggup dimadukan kerana tidak mahu nur dalam kesedihan dan ibu mertuanya kehilangan nur.

8)Secara ikhlasnya ia memberi motivasi buat orang yang sudah dan akan berumahtangga.

Cukup laaa.. ana bagi tentang NUR KASIH, klu ada lagi sahabat-sahabat tambah laaaa.


Penantian satu kesabaran

Satu lagi cerita yang sedang kita nanti-nantikan adalah sambungan KETIKA CINTA BERTASBIH 2 yang sudah pun ditayangkan di pawagam, tapi di Mesir ni tak dak g.emmm. sedihnya.. ada tu ada la tapi yang cetak rompak, mana best tengok. Mungkin semua sahabat ternanti-nantikan sambungan cerita dari karya HABIBURRAHMAN yang pernah kita baca karyanya AYAT-AYAT CINTA. Mungkin dalam satu atau dua minggu lagi cerita ini akan sibuk di download oleh sahabat-sahabat dan mungkin ana salah seorangnya hahah. Bukan apa kita hendak tahu apakah kesudahannya, adakah seperti dalam fikiran sahabat atau sebaliknya, namun yang sudah menghayati Novel Ketika Cinta Bertasbih sudah pasti apakah penghujungnya.

Bagi ana cerita ini nampak ke islamiknya, kita lihat bagaimana pergaulan mereka yang ada batasannya. Tapi apa yang kita dapat? Mungkin pada ana:

1)Ketabahan seorang mahasiswa (kairul azam) yang bertungkus lumus dalam pelajarannya dan dalam masa yang sama mencari kewangan untuk dirinya dan keluarga

2)Perasaan tidak pernah jemu dalam menuntut ilmu oleh mahasiswa/wi (furqan/anna) di bumi kinanah ini.

3)Kecekalan adik dan ibu yang sanggup menunggu anaknya(kairul azam) yang menuntut ilmu d Mesir 9 tahun

4)Peringatan kepada kita apabila membawa masuk arab ke dalam rumah (buat sahabat di mesir)

5)Kasih dan kerinduan seorang adik kepada abangnya yang tidak pernah putus menulis surat.

6)Keterbukaan seorang calon suami (furqan) yang mendengar hujah yang di lemparkan oleh calon isteri(anna)

Dan banyak lagi la yang sahabat-sahabat dapat, klu nak tahu apa kesudahannya tontonilah sambungannya.

Klu nak tahu dengan lebih lanjut tentang cerita NUR KASIH dan KETIKA CINTA BERTASBIH tontonlah… tapi jangan lupa tonton-tonton jugak STUDY JANGAN LUPA… ok lah, selamat semuanya.

Wassalam….

Salam Maal Hijrah


Alhamdulillah, sedar atau tidak kita akan menyambut Maal Hijral bagi tahun 1431H. pejam celik-pejam celik itulah putaran hari yang berganti hari, jam berganti jam dan minit berganti minit akhirnya peristiwa hijrah dibicara semula, selepas setahun kita meningalkannya. Begitulah selepas ini ia dibicara semula tapi bila tibanya tahun yang baru dalam hijrah, bukanlah niat dihati untuk mencoretkan cerita tentang peristiwa hijrah, yang melihatkan beberapa pengorbanan manusia yang bekerja keras untuk menolong bagi menjayakan perintah Allah hijrah ke Madinah.

Setiap kita mungkin akan teringat peristiwa itu dengan mantap dan ada yang boleh menceritakan semua itu satu persatu malah boleh menyebutnya kalau di tanya. maka tidak selayaknyalah ana menceritakan peristiwa itu di dalam blog ana ini sebab sahabat-sahabat lebih mengetahuinya daripada ana.

Ana menulis pada hari ini hanya ingin mengucapkan selamat menyambut MAAL HIJRAH kepada semua muslimin dan muslimat serta bagi sahabat blog ana yang sering mengziarahi blog ana yang tidak seberapa ini. maaf dipinta diatas apa yang terasa dihati jika ana pernah mengguriskan hati sahabat-sahabat.

Mulakannya..


ramai anak murid yang perlu d asuh dan d didik

(Sebahagian Pelajar Sek Agama Daris)

Alhamdulillah dapat ku panjatkan kepada Allah tuhan yang layak di sembah dan tiada Tuhan lain yang layak disembah melainkanNya... Dalam suasana imtihan yang bakal menjelang tidak lama lagi, banyak lah kelas-kelas totorial dan study group sedang rancak. Begitulah, keadaannya yang ada di bumi Dumyat ini, ada yang sibuk dengan study sampai tidur pun lewat malam,ada yang sibuk dengan kelas totorial sampai pening kepala… hahahaha. Semuanya mengharapkan kejayaan yang cemerlang..

Hari ini,dan sabtu lepas aku d beri kesempatan membaca kitab Arud Wa Qafiyah kepada sahabat-sahabat luqah tahun satu.Pening kepala jugak di buatnya membaca kitab tu, mana taknya dah lama tinggal lagi pula ana ni orang usuluddin, mana la tahu, tiba2 ja tahun ni ken abaca buku kat sahabat2 luqah, mula2 tu menggelabah la jugak tp pas 2 biasa ja. Hahahahah..

Emmm, apa yang lawaknya, pada kali pertama kelas tu mula, kami buat la cikit taaruf, pakat kenai la, ada yang dari Kedah, Perak, Pahang, Kelantan, mai ja time ana cite pasai diri jadinya ana pun cite laaaa.. tp ana lupa bg tahu dia orang kata ana ni kuliah usul, jadinya semua ingat ana ni kuliah luqah, hahahaha. Pas 2 ana pun mula la baca kitab, macam ana selalu laaaa dalam keadaan mereka masih ingat ana ni kuliah luqah. Ana pun syarah la kat depa, satu tajuk ke satu tajuk, satu bab ke satu bab, tapi ana syarah secara perlahan-lahan takut depa tak paham, ye la mana kena Penang ngan Kelantan dan Pahang. Lagi pun ana ni klu cakap setiap perkataan mesti keluaq bahasa kedah punya, tu yang ana takut depa paham kot lain.

Hampir dua jam juga la ana syarah kat depa, emmm lima minit lagi nak habis ana pun bg tahu yang ana ni bukannya pandai sangat sebabnya bukan bidang ana lagipun ana bidang usuluddin, jadinya depa semua tercengang, macam nampak hantu, ye la mana tak nya, usul ajar luqah. Pas 2 apa lagi ketawa la depa.

Apa2 pun mudah2an paham la apa yang ana baca, kan pa ana ni takut laaa, klu2 depa x paham. Masa 2 baru la ana ingat kat cikgu kita dulu yang mengajar sedaya mungkin untuk memahamkan pelajar2nya, ada yang cuba buat fomular sendiri, ada yang cuba buat nota dan ada yang buat peta minda. Jadinya ari ni ana cite kat sahabat2 tentang ni bukan apa, sahabat2 cubala mengajar kitab2 kuliah agar sahabat2 tidak kekok bila blik esok… mulalah dari sekarang, jangan tunggu lagi….


apa yang kau tahu
(pekan soidi masa musim bunga)
Alhamdulillah, sahabat-sahabat yang ana kasihi sekalian. Pejam celik-pejam celik sudah meningkat usia kita dari hari ke hari. Namun itulah lumrah hidup yang muda akan tua yang hidup akan mati, yang tidur akan terjaga dan sebagainya. Kali ini ana akan sambung tajuk Ucapan dan pesanan yang payah aku lupakan. Jika tajuk yang pertama ana kisahkan seorang anak dan seorang ibu yang cukup prihatin kepada anaknya yang ingin melanjutkan pelajaran ke Azhar.
Hari ini ana nak lakarkan satu cerita dan pesanan seorang ayah pula kepada seorang anak yang ingin belajar jauh dari pandangannya. Jika seringkali kita rasakan ayah hanya sibuk mencari rezeki untuk tanggungannya, keluar kerja anak masih di dalam keseronokkan mimpi dan pulang pula ana sudah di buai mimpi. Namun itulah, kebiasaannya seorang ayah yang tidak pernah merungut banyak mana keringat yang telah di tumpahkan, banyak mana waktu yang telah di habiskan untuk mencari sesuap nasi untuk keluarga. Tapi setiap keringat yang menitik jatuh ketanah adalah untuk membahagiakan anaknya.
Suatu hari, bila si anak sudah hampir untuk ke Mesir, maka si ayah banyak menghabiskan masa dengan anak ini. Walaupun ia tahu kerjanya masih ada yang tergendala, namun demi anaknya yang tercinta maka kerjanya ditangguhkan malah ada yang ditinggalkan. Bila tengah sibuk si ayah melayan kerenah si anak yang ingin ke Mesir, ada yang nak itu, dan ada yang nak ini. Bak kata perpatah macam-macam nak, tapi semuanya sanggup ayah membelinya. Bila ditanya ayah “Bleh ka adik nak ambik ni” ayah jawab dengan suka “ambik la apa yang adik nak, abah takut kat mesir tak dak macam kat sini” jadi si anak pun ambik la apa yang dia nak.
Sedang asyik anak ini seronok dengan barang-barang yang baru di beli tiba ayah membuka mulutnya dan melontorkan satu kata-kata yang menjadi ingat hingga sekarang. “Adik, abah tahu adik nak buat yang terbaik untuk mak ngan abah dan abah yakin adik bleh buat apa yang adik ingin lakukan. Abah tak kisah abiskan duit untuk anak abah, anak abah nak handpone abah beli, anak abah nak lap top abah belikan, anak abah nak duit abah berikan, anak abah nak motor abah belikan, walaupun mulanya abah marah tapi sebenarnya abah sayangkan anak-anak abah, walaupun abah sering marah anak-anak abah sebenarnya abah nak anak-anak abah jadi orang yang bleh menolong abah ngan mak bila sakit, abah nak anak-anak abah bleh doakan abah dan mak bila mak ngan abah sudah tiada, bukannya abah nak anak abah yang ada ijazah yang boleh dimegahkan,bukan yang ada ijazah untuk cari kerja dengan gaji tinggi, biarlah anak abah tak masuk universiti sekalipun tapi tahu hormat mak ngan abah, tahu jaga mak ngan abah, tahu nak mendoakan mak ngan abah, abah rasa seronok , abah rasa suka tapi kalau masuk universiti tak tahu hormat abah, tak tahu hormat mak abah rasa lebih elok jangan masuk universiti, adik abah bagi tahu adik sebab lepas ni adik nak pergi jauh dari mak ngan abah, lepas ni adik takkan ada lagi orang yang boleh mengawal tingkah laku adik, jadi abah pesan, adik jangan tinggak sembahyang, adik jangan cari gaduh dengan orang dan adik jangan lupa apa yang sebenarnya adik kesana”
Sahabat-sahabat sekalian bukanlah ana menulis pesanan yang kedua ini untuk meminta kasihan belas dari sahabat, tapi hanyalah untuk kita memikirkan kembali apa sebenarnya kita ke sini. Tambahan pula kita sudah hampir dengan peperiksaan. Maaf jika ada menyinggung sahabat, dan cerita yang ana bawani tiada kena mengena ngan sesiapa.
Bersambung………

Jangan Culas K......



perbincangan usul kali pertama


selamat berjuang

JADUAL KELAS TOTORIAL TAHUN SATU USULUDDIN

UNIVERSITY AL-AZHAR DUMYAT MISR

FASA SATU 2009/2010


HARI

MADAH

TENAGA PENGAJAR

WAKTU

SABTU

MANTIQ

US ZAKUAN

8.00pm

AHAD

FIQH

US SYUWARI (0116764320)

8.00pm

SELASA

NAHU

US HAFIZAN

8.00am

SELASA

TARIKH SUNNAH

US HARIS

(0117389437)

8.00pm

RABU

SORF

US AHMAD ROSANI (0116276826)

8.00am

KHAMIS

ULUM AL-QURAN

US SYAWAL

(0116683363)

9.00am

KHAMIS

NUZUM ISLAMIAH

US ABU DZAR

(0115187762)

LEPAS SOLAT ISYA’

*Perubahan jadual akan dimaklumkan dari masa kesemasa

*Hari SABTU & ISNIN diadakan Study Group (Masa akan dimaklumkan)

*Jika tiada kelas totorial akan diganti dengan Study Group

;;

 
 
 

Followers