Ada apa dengan......

Assalamualaikum. dulu kini dan selamanya marilah kita merafakkan kesyukuran kepada Allah SWT yang senentiasa melimpahkan rahmat dan nikmat yang tidak terputus-putus sejak dulu hingga kini. Alhamdulillah ari ini 17 ramadhan yang mana ari yang cukup menjadi sejarah dalam sejarah terbesar islam iaitu hari permulaan wahyu yang diturunkan kepada nabi SAW sejurus nabi SAW diangkat menjadi Rasul kepada Allah untuk membawa pembaharuan kepada ummatnya dan kepada hamba Allah SWT. dari kebatilan kepada kebenaran, daripada kejahilan yang menyebabkan penyembahan selain tuhan yang maha pencipta kepada kebenaran penyembahan tuhan pencipta sekalian alam.
Mulanya perintah iqra' yang cukup penting dalam kehidupan, mulanya perintah iqra' yang membawa suatu pembaharuan di dunia ini dengan mengubah orang yang mempersekutukan Allah kepadsa orang yang mengabdikan diri kepada Allah. Maka amat pentinglah bg kita mengenang sejarah yang cukup besar yang memang sudah termaktub di dalam kitab-kitab sejarah yang tidak akan boleh diubah faktanya selama-lamanya.
Iqra', sutu suruhan yang memulakan kehidupan Muhammad SAW sebagai rasul kepada Allah dan memulakan suatu tugas yang besar mengajak manusia mengabdikan diri kepada Allah.. betapa besarnya pengorbanan insan yang bernama Muhammad bin Abdullah. inilah pentingnya kita sebagai umatnya mengetahui sejarah yang cukup besar yang berlaku di dalam Islam.
Jika hari ini sering kita menyebut nuzul al-quran.... tahukah kita apa itu nuzul al-quran???? mungkin akan terjawab dari mulut kita nuzul al-quran ialah penurunan al-quran... ya betoi nuzul al-quran ialah penurunan al-quran tp apa yang tersirat di dalam nuzul al-quran???? apa??? apa??? yang ni ana biarkan soalan tanpa jawapan... biarlah sahabat-sahabat sendiri yang mencari dan menilai apa yang tersirat di dalamnya...
Sahabat pembaca yang saya kasihi,
Hari ini nuzul al-quran semakin dilupakan... mungkin klu ana kata begini ada orang yang akan kata ish3 mana da kami ingat laaa.. kan nuzul 17 ramadhan.. ya.. mungkin yang akan kata begitu orang-orang yang tahu tentang agama... tp sahabat-sahabat kita yang sudah berada dikancah gejala sosial yang umurnya masih muda yang tenaganya masih kuat jika ditanya apa itu nuzul???? pasti soalan itu kembali semula kepada kita ataupun soalan hanya tinggal soalan.... inilah yang ana cukup bimbang dalam dunia sekarang yang semakin canggih dengan peredaran zaman. yang semakin hari-semakin melupakan sejarah yang cukup besar di dalam Islam....
Nuzul al-quran, sedap kita mendengarnya, sayup kita menghayatinya tapi kurang enak jika sejarah yang cukup tersemat ini dilupkan begitu sahaja.. Ya Allah Selamatkan HambaMu ini dari melupakan sejarah yang cukup besar ini... Sejarah yang menamatkan kehitaman jahiliah, sejarah yang menutup kebatilan jahiliah ini.
Sahabat pembaca sekalian,
Oleh itu, ana rasa perjuangan kita tidak akan habis selagi mana saudara-saudara kita tidak memahami sejarah dengan sebenar-benarnya...
Sekian dari ana والله أعلم wassalam.

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers