orang tanya kenapa????

Assalamualaikum.. pertamanya marilah kita panjatkan kesyukuran kepada Allah kerana dengan limpah kurnia yang di berikan kita dapat menghirup udara pada hari ini dengan nikmat Islam dan kesihatan. Alhamdulillah. pada ari ini ana tergerak hati ana ini untuk menulis satu jawapan selepas banyak kawan-kawan ana sendiri sering kali menanyakan kenapa ana tidak menulis blog umpama orang lain, ada banyak cerita ,peristiwa, hukum hakam, ayat Al-Quran, ada hadis, cerita tentang fekah, tentang sirah dan sebagainya...Kenapa??????

Jawapannya dari hati ana sendiri belum masanya lagi. sebabnya ana tak la sehebat malah tak setanding sepertimana sahaba-sahabat kita yang lain. ana hanya mampu menulis apa yang terlintas di fikiran ana sahaja. lagi pun, ana lebih suka menulis secara begini, namun tunggu saja masanya akan ana tulis umpama mereka. satu lagi yang ana paling bimbang apabila tersilap mengeluarkan fakta biar pun ia adalah fakta yang remeh namun fakta kita tidak boleh mengubahnya umpama fakta tentang bilangan negeri, contohnya orang tidak tahu berapa banyak negeri yang ada di Mesir lalu ana menulis negeri di Mesir ada 5. ini bleh menyebabkan kesalahan fakta walaupun ianya tidak penting bg sesetengah pihak tapi ia adalah fakta.

Ana rasa mungkin ada yang akan kata klu kita x cuba macam mana kita nak tahu kesilapan kita. Ya.. memang betui tp seeloknya kita kaji sebetulnya dan yang paling penting kita kaji kebenarannya dulu takut ia terpesong. jangan kita jadi orang yang cepat menghukum. mungkin kita ada rujukan umpama kitab dan kita ada orang yang lebih arif tapi dalam keadaan ana yang begini tambahan pula baru sahaja nak mendalami ilmu bahasa arab ana takut kitab kata lain ana tulis lain. orang yang arif kata lain ana tulis lain. ini bleh menyebabkan orang yang tidak bersalah menaggungnya.

Ana lebih suka klu orang yang nk tanya ana pasai hukum ka, pasai sirah ka, pasai apa-apa pun datang berjumpa ana malah kita bleh berkongsi maklumat itu. kan itu lebih baik dari kita mengeluarkan sesuatu ikut suka kita. klu ana salah bleh terus tegur. tp klu ana tulis salah dlm blog macam-macam jadinya.. ana rasa sahabat-sahabat faham maksud ana.

Apa-apa pun insyaAllah ana akan tulis jiga benda yang sahabat-sahabat lain tulis tapi tunguu akan kemunculannya InsyaAllah. doa-doakanlah ana ni yeee... maaf la klu tulisan ana ni x faham sahabat-sahabat. macam ana sebut klu nk tanya apa-apa jumpa lah ana terus atau tel ana jika ana mampu jawab ana akan jawab, klu ana x mampu ana akan rujuk kepada orang lain dan kita bleh berbincang berkaitan apa yang hendak di tanya. Hubungi ana : 0116764320 atau 0193902159 atau ym ana syuwari_89@yahoo.com.
bg sahabat-sahabat yang mampu menulis teruskan usaha ini dan jangan berhenti di pertengahan jalan. kongsilah ilmu bersama-sama kami,k. slamat maju jaya, selamat berusaha dan selamat dalam kehidupan ini dan di sana kelak. والله أعلم maaf jika ada kesalahan. wassalam.

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers