Alhamdulillah, yang wajib diucapkan bagi kita umat islam yang berada di Malaysia dan juga perantau Malaysia apabila sekali lagi Allah mengurniakan kemenangan kepada Parti Islam khasnya kemenangan rakyat di Pmtg Pasir (N11). Alhamdulillah kemenangan ini adalah kemenangan didalam bulan yang mulia Ramadhan Al-Mubarak yang mana sering kita terdengar ramadahan adalah bulan kemenangan bagi kita umat islam dengan kemenangan itu di sambut pada bulan syawal al-mubarak. kini umat islam di berikan suatu kemenangan yang tak akan dapat dilupakan apabila kebangkitan rakyat Pmtg Pasir yang bekerja keras menolak anasir yang cuba menjatuhkan parti yang mewakili mereka sejak 1999 malah sudah menjadi tradisi di kawasan mereka. Walaupun orangnya berganti, rupanya tidak serupa, perangainya tidak serupa tetapi yang serupa bagi pemimpin ini adalah ingin menobatkan Islam di muka bumi Allah ini. itulah suatu faktor yang penting yang wajib kita pertahankan kerusi N11. Alhamdulillah kemenangan milik kita... Tahniah kepada Ustaz Mohd Salleh Man yang berjaya mengekalkan kerusi yang ditinggalkan oleh Allahyarham Dato' Hamdan Abd Rahman. Tahniah,syabas dan terima kasih kepada pengundi Pmtg Pasir kerana bekerja dan memenagkan calon kita. serta jutaan terima kasih kepada petugas dan penyokong yang bekerja keras memenagkan calon kita. harapan saya jalankan amanah yang diberikan oleh Allah ini dengan sebenar-benarnya. dan sekali lagi terima kasih kepada semua yang terlibat dalam memenagkan parti Islam. wassalam..

0 Comments:

Post a Comment




 
 
 

Followers