Penerbangan terakhir..

Syukur kita kepada ALLah dengan Rahmat dan kunia yang tidak terhingga dapat kita kecapi kini tanpa sebarang peraturan atau bayaran....

Hari ini ana tertarik hati untuk menulis satu tajuk yang mana mungkin sedap didengar PENERBANGAN TERAKHIR... namun itulah satu tajuk yang ana rasa amat tinggi maknanya disisi ana... tp x tahu lah bagaimana pula disisi rakan-rakan????
Adakah dia penerbangan terakhir untuk kita pulang ke Malaysia???? atau apakah????
Berapakah harga tiket untuk penerbangan terakhir ini??? atau adakah tiketnya percuma???? Sama-samala kita nilai....

Jika kita pernah menaiki kapal terbang pastinya ada maklumat yang akan dikhabarkan kepada kita tentang perjalanan yang kita akan tempuh... Dari mana dia akan berlepas hingga kemana diakan mendarat.... Oleh itu maklumat tentang perjalanan akan ana sertakan:


MAKLUMAT TENTANG PERJALANAN

· Tempat berlepas : Kehidupan dunia

· Tempoh Perjalanan : Cuma seketika dan beberapa meter dalam perut bumi.

· Destinasi : Akhirat

· Masa berlepas : Ketika di datangi Malaikat

· Masa hadir : Ketika dan selepas Nyawa di cabut

· Bentuk tempahan : Tetap, Pasti, dan tidak akan Berubah

Setelah selesai maklumat tentang penerbangan pasti ada syaratnya dalan sesuatu perjalanan ke tempat yang hendak dituju, tambahan pula jika kita ingin ke Mesir perlulah di lengkapi dengan perbagai jenis anika untuk keselamatan kita di Mesir. Maka ana paparkan syarat-syarat perjalanan untuk kedastinasi yang akan kita tujui dengan penerbangan terakhhir:

SYARAT-SYARAT PERJALANAN

Ditujukan kepada semua penumpang. Diminta ambil perhatian kerana mereka akan memulakan perjalanan dengan meninggalkan kehidupan didunia dan menuju ke akhirat. Sila perhatikan ketua anda, semua (pilot) yang dikhaskan iaitu Malaikat Maut. Bagi penumpang yang belum jelas, dapatkan maklumat lanjut daripada kenyataan yang terdapat di dalam Al-Quran dan Hadis-hadis Rasullullah serta menurutinya dengan berhati-hati. Sebarang masalah hendaklah di rujuk kepada para ulamak dan cendiakawan.

Untuk muatan yang dibenarkan oleh pihak yang menjalankan tugas adalah seperti berikut:

* 5 meter kain kafan putih

* Kapas Putih yang secukupnya

* Muatan lain yang di pertimbangkan :-

- Amal soleh

- Sedekah jariah

- Anak soleh yang mendoakan ibu bapanya

- Ilmu yang manfaat

waktu perlepasan:

SAAT DAN WAKTU BERLEPAS

* Semua penumpang yang sudah mempunyai tiket, pasport atau tidak mempunyai kedua-duanya hendaklah bersiap-sedia untuk berlepas setiap saat jika tidak mahu sebarang kesusahan.

PERINGATAN YANG DIULANG:

* Tempahan perjalanan adalah sesuatu yang tetap dan pasti, yang tidak perlu diingatkan lagi. Tapi atas dasar peringatan kepada para penumpang, maka kami menulis untuk anda semua. Hendaklah anda mengambil perhatian yang sewajarnya tentang perjalanan ini.

AKHIRNYA:

Terima kasih kepada semua kerana memberi peluang terhadap kami

untuk menabur khidmat kepada anda semua. Semoga bergembira dengan perjalanan yang menarik,sesuai dengan firman ALLAH surah Al-Kahfi;

Ertinya : " Barang siapa mengharap perjumpaan yang baik dengan Tuhannya, maka hendaklah dia mengerjakan amalan yang baik, Janganlah pula mensyirikkan ALLAH dengan sesuatu "

maafkan ana jika silap @ salah.... Wa Allahu A'lam

Kita sebenarnya......

Kita sebenarnya......lebih gembira meyambut 1 Januari daripada 1 Muharram

Kita sebenarnya......lebih tahu apa itu 14 Februari daripada 12 Rabiulawal

Kita sebenarnya......lebih membesarkan hari Sabtu dan Ahad daripada hari Jumaat

Kita sebenarnya......lebih khusyuk mendengar lagu daripada mendengar Azan

Kita sebenarnya......lebih suka lepak, tidur, tengok TV daripada solat dan mengaji

Kita sebenarnya......lebih tahu tentang artis pujaan kita daripada nama nabi Allah

Kita sebenarnya......lebih suka menyebut hello! dan hi! daripada Assalamualaikum

Kita sebenarnya......lebih suka menyanyi daripada berwirid atau bertahmid

Kita sebenarnya......lebih suka memuji manusia daripada Tuhan kita sendiri

Kita sebenarnya......lebih suka membaca majalah hiburan daripada buku-buku agama

Kita sebenarnya......lebih suka ke konsert, karaoke daripada ke ceramah agama

Kita sebenarnya......lebih suka memaki, mengumpat orang daripada memuji mereka

Kita sebenarnya......lebih suka mencarut, daripada menyebut MasyaAllah

Kita sebenarnya......lebih suka kemungkaran daripada membuat kebaikkan

Kita sebenarnya......lebih bangga dgn kejahilan kita daripada bersyukur dengan keimanan kita

Kita sebenarnya......lebih cintakan dunia daripada urusan akhirat

TETAPI bila orang tanya arah tujuan kita, kita pasti akan jawab bahawa...

KITA SEBENARNYA......lebih suka menuju ke Syurga daripada ke Neraka

Layakkah kita dengan Syurga milik Allah??

Pesan ibu pada anak....

wahai anak ku ingatlah kau pergi ke suatu bumi yang di sana ada kesan kebaikan nabi Allah dan kesan keburukan firaun laknatullah. kau carilah sebanyak mungkin mutiara yang tersimpan di bumi itu agar ianya menjadi suatu cahaya dalam diri mu wahai anak. kau ingatlah di sana tiada mak,abah,along,angah,adik dan semuanya tapi di sana ada kawan-kawan yang kau harus nilai mereka untuk kebaikan engkau. kau carilah seberapa bnyak kawan dan jangan sesekali kau cari musuh. dan kau carilah beberapa orang sahabat untuk menemanimu ketika kau dalam kesusahan dan di dalam kegelisahan. ingatlah kawan dan sahabat ada bezanya. emak tak harapkan kau bawa pulang segulung ijazah tanpa ilmu tapi mak harapkan kau bawa pulang ilmu bersama dengan kecemerlangan yang mak dan abah harapkan. walaupun mak berat nk lepaskan kau pergi namun demi cita-cita kau yang kau beritahu mak saban waktu yang kau ingin ke MESIR mencari mutiara ilmu mak lepaskan kau. walaupun mak mungkin akan mengingati kau saban waktu biarlah ianya sebagai pengubat rindu. KAU PERGILAH MENCARI SEBANYAK MUNGKIN MUTIARA ILMU DI SANA.

"mak ayah saya nk g mesir nk cari ilmu "

"mak ayah saya nk bantu ayah"

"saya tahu ayah sering sakit namun ayah tetap bekerja nk mencari sesuap nasi untuk kami"

"mak ayah doakan saya ya saya nk p menuntut ilmu"

"mak ayah saya pergi dulu ya....."

esok madah terakhir

Alhamdulillah. sedar atau tidak pengembaraan kita mencari mutiara dibumi mesir ini sudah hampir 10 bulan. sekarang baru aku mengerti apa yang telah dikhabarkan oleh ustaz dan ustazah ku adalah benar. dulu aku hanya katakan aku akan kuat untuk mencari ilmu walaupun dihadapan itu ada rintangan yang bakal di tempoh. namun kini dapat aku rasa sendiri.... semangat untuk menuntut ilmu itu hanya ada ketika aku menjejaki kaki aku di ardhu kinanah ini hingga lah aku menempuh imtihan fasa satu. selepas itu, maka wujudlah sikap sambil lewa diriku ini. kini, imtihan fasa 2 sedang ku tempuh, sedar atau tidak esok adalah imtihan terakhirku dalam fasa 2 ini.. yang timbulnya sekarang kenapa imtihan yang terakhir ini aku rasai kemalasan yang amat, Adakah madah ini madah yang susah???Adakah semangat ku sudah tiada???? ataupun APA yang sedang menyulubungi diri ku ini??? Jika dulu ustaz dan ustazah sentiasa menasihatkan selalulah memperbaharui niat kita dalam kehidupan. namun tak siapa tahu kenapa dikatakan begitu????
sekarang rasalah sendiri sebabnya kena memperbaharui niat. Jika dulu sebelum datang kita sentiasa sebut aku nk p mesir 4 tahun pas 2 nk blik tolong mak ayah, aku nak p mesir 4 tahun aku nak cari sebanyak mana ilmu yang perlu. tapi sekarang...... tidurnya banyak... mainnya banyak..... tengok citenya banyak..... semua yang laqo banyak la.....
kemana ungkapan aku terhadap ibu dan ayah sblum jejak kaki ke mesir.... "mak abah saya nk p mesir nk cari ilmu nk bantu abah yang bekerja walaupun sakit."
sama-samalah renung apa ana tulis ni....... ana x sanggup mengarang dengan lebih panjang sbb........ rakan-rakan pikr sendiri ya. maaf klu siap atau salah....

Assalamualaikum.... kepada semua sahabat-sahabat

InsyaALLAH klu di izinkan ALLAH kitab HIDAYATUS SIBYAN akan disambung semula pada:

Tarikh : 20-06-2009
Hari : Sabtu
Masa : Selepas Solat Maghrib
Tempat : Rumah ana Mualimin Dumyat Jadidah

InsyaALLAH....

sebarang permasalahan bleh la dihubungi di : syuwari_89@yahoo.com

kisah..

sejak sebulan yang lalu hati ini tidak sbegitu enak seperti biasa, aku cuba mencari jawapannya??? tp aku gagal... aku cuba lagi namun jawapannya hampa... tiba-tiba ari ni aku tel ibu ku di malaysia. dengan suara merdu ibuku yang ku dengar tiba-tiba ibuku menyuruhku menelefon adik perempuanku. No telefon diberikan kepada ku. aku ingatkan itu nombor telefon adik ku yang baru. rupanya aku tidak sedar itu adalah no telefon ibu saudaraku. sejurus panggilan ibu ku berakhir tanpa berlengah aku terus menelefon adik ku. yang ada dalam fikiran ini hanyalah adikku yang mungkin ingin menanyakan kepadaku tentang kemasukan Universiti. namun apabila aku tel panggilan itu tidak terjawab. aku mendail semula namun jawapannya sama... hampir setengah jam kemudian aku mendail semula dengan harapan ada yang menjawabnya... Alhamdulillah dalam penantian itu tiba-tiba aku terdengar suara adikku yang sayu. maka bermulalah perbualan diantara kami:
adikku : "Hello, Assalamualaikum, Acik ka."
aku : Wassalam, Ya pasai pa, pasai pa x angkat tadi acik tel.
adikku : x da pa aih.... acik nk cakap dengan Lang dak.
aku : ha bleh jugak..
lalu telefon itu dialihkan kepada ibu saudara ku.
Mak lang : Hello, assalamualaikum,
aku : Wassalam, sihat ka lang
Mak lang : Sihat... lani lang da kat Hopital Tanjung
aku : lama mana dah Lang dok sana
Mak lang : sebulan dah
aku : ooo
Mak lang ; hang sihat ka
aku : sihat. camna lang
Mak Lang : hang tolong doa kat lang bagi cepat sembuh no.
masa tu aku tersentak aku terpikirkan yang ibukupernah memberitahu ku yang ibu saudaraku sakit kanser usus selepas aku datang ke mesir 6 bulan.
aku : x pa la lang InsyaAllah nanti cihat la 2
Mak lang : em...
tiba-tiba mata yang diciptakan ini tidak x tertahan lantas mengalirkan air mata....
aku : x pa la lang no, nanti acik tel lagi
Mak lang : ha, x pa la.. hang jangan risau pulak
aku : InsyaAllah. x pa Assalamualaikum.
Mak lang : Wassalam.
aku sedari mak lang aku juga mengalirkan air mata sepertiku. tapi tidak sanggup ku berbual panjang.
Aku yang jauh ini hanya mampu menadah tangan untuk berdoa untuk ibu saudara ku di kurniakan kesihatan seperti sedia kala.
Malam ini aku menulis blog ini dengan beberapa titisan air mata yang mengalir. mudah-mudahan titisan itu menjadikan aku lebih kuat untuk menempuh ari-ari yang akan datang. Ya Allah Kau kurniakanlah kesihatan kepada ibu saudara ku seperti sediakala. Amin Ya Robb...

;;

 
 
 

Followers